Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak damit ditinggal depan masjid

    KOTA KINABALU, 6 NOV – Seorang anak damit perempuan berusia hampir seminggu ditinggalkan di dalam kotak bersama nota di hadapan Masjid Taman Seri Gaya, Jalan Maktab Gaya, Luyang semalam.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata anak damit tersebut ditemukan oleh imam masjid berkenaan dan menurut nota yang ditinggalkan, anak damit yang cukup sifat itu dilahirkan pada 31 Oktober lepas.

    “Berdasarkan nota yang di-letakkan bersama anak damit itu, individu yang meninggalkan anak damit berkenaan memohon maaf kerana tidak dapat menjaga anak damitnya atas faktor ketidakmampuan serta meminta supaya anak damit itu dihantar ke rumah anak yatim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd Zaidi berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

    Beliau berkata polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berdekatan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda