SHYMKENT, KAZAKHSTAN, 7 APRIL – Seorang ibu berusia 41 tahun melahirkan anak damit lelaki seberat 6.7 kilogram (kg) secara semula jadi di Shymkent, lapor Agensi Berita Kazinform.
Pasukan perubatan memaklumkan bahawa kelahiran anak damit dengan berat purata anak damit berusia dua bulan secara normal merupakan satu kes yang amat jarang berlaku.
Anak damit yang dinamakan Amirkhan dan ibunya kini berada dalam keadaan sihat.
Amirkhan merupakan anak keenam kepada wanita berkenaan.
Secara umumnya, anak damit yang dilahirkan melebihi empat kilogram dianggap lebih besar daripada biasa, manakala anak damit lebih lima kilogram digelar anak damit gergasi.
Pada 15 Januari lalu, seorang anak damit lelaki sebesar anak damit dua bulan turut dilahirkan di sebuah hospital di Rudny, wilayah Kostanay. – Bernama
