Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Anak damit hilang akhirnya bersatu bersama keluarga

    KABUL, 10 JAN – Seorang anak damit yang hilang semasa pemindahan huru-hara puluhan ribu warga Afghanistan di lapangan terbang Kabul telah bersatu semula dengan saudaranya selepas lima bulan berlalu, kata datuknya.

    Kejadian berlaku ketika ayah budak, Sohail Ahmadi yang berusia dua bulan menyerahkannya kepada askar asing dalam kalangan yang bersesak-sesak untuk lari daripada Taliban selepas kumpulan itu merampas bandar tersebut pada pertengahan Ogos.

    Kedua-duanya kemudian terpisah dan apa yang berlaku tidak jelas – namun pemandu teksi, Hamid Safi berkata dia menemui anak damit menangis sendirian di lantai lapangan terbang pada hari sama.

    “Saya mengambilnya dan membawa kepada beberapa wanita untuk menyusukannya namun mereka enggan…saya terus mencari keluarganya,” kata Safi, yang pergi ke lapangan terbang untuk membantu perpindahan abangnya.

    “Saya kemudian menghubungi isteri saya dan dia menyuruh saya membawanya pulang.”

    Pasangan itu berkata mereka terus mencari keluarga budak itu namun gagal dan memberinya nama Mohammad Abed dan mula menjaganya.

    “Jika kami tidak menemui keluarganya, kami akan tetap menjaga dan membesarkannya seperti anak kandung sendiri,” kata Safi, 29, kepada AFP. – AFP

    Sohail Ahmadi (tengah) yang terpisah dari keluarganya di lapangan terbang Afghanistan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...