Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Anak damit lahir dengan ekor

    MEXICO, 17 FEB – Seorang anak perempuan di Mexico telah lahir dengan ekor, menurut doktor.

    Menurut Daily Mail, anak damit itu, yang tidak diberikan nama, lahir melalui pembedahan Caesarean di sebuah hospital di Nuevo Leon.

    Ibu bapanya sihat dan berada dalam lingkungan umur 20an.

    Doktor menemui ekor sepanjang 5.7 sentimeter yang rasa ‘lembut’, ditutup dalam kulit dan bulu halus dan mempunyai hujung ‘tajam’.

    Membutirkan peristiwa tersebut dalam Jurnal Laporan Kes Pembedahan Pediatrik, doktor yang diketuai Josue Rueda, percaya kes itu adalah yang pertama dicatat di Mexico.

    Ekor itu telah dibuang dalam pembedahan dan anak damit dibenarkan pulang pada hari yang sama tanpa mengalami sebarang komplikasi.

    Analisis lanjut menunjukkan ekor itu mengandungi tisu lembut, arteri dan urat darah dan saraf.

    ‘Ekor’ manusia amat jarang berlaku, dengan 195 kes direkodkan setakat 2017, dengan ukuran terpanjang dicatat pada 20 sentimeter. – Agensi

    Ekor sepanjang 5.7 sentimeter telah dibuang daripada seorang anak damit semasa pembedahan baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...