Sunday, December 15, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak damit lahir terima ADAM50

    KOTA KINABALU, 1 Jan – Sepasang suami isteri menzahirkan perasaan syukur dan gembira apabila anak pertama mereka menjadi antara 10 anak damit terawal di Hospital Likas dekat sini yang menerima sijil Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang dijanjikan kerajaan menerusi Bajet 2018.

    Zamry Yusin, 25, dan isterinya Hawieland Gunsanad, 18, yang berasal dari Kota Belud menyifatkan pemberian ADAM50 itu adalah rezeki buat anak damit perempuan mereka seberat 1.74 kg yang dilahirkan di Hospital Likas, dekat sini, pada 2:23 pagi tadi.

    Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil ADAM50 di hospital itu, Zamry melahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas insentif tersebut kerana ia akan menjadi platform dalam memastikan anak sulungnya itu mempunyai simpanan untuk masa depan.

    “Apabila dia sudah sedar, dia mempunyai simpanan, ini dapat membantu jika kami ada kekurangan untuk persekolahannya. Terima kasih kepada kerajaan,” katanya.

    Sijil ADAM50 itu disampaikan oleh Naib Presiden Kanan Bahagian Modal Insan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Aida Md Daud disaksikan oleh Pengarah Hospital Likas Dr Tan Bee Hwai.

    Aida Md Daud (tiga kanan) bersama Dr Tan Bee Hwai (dua kanan) menyampaikan sumbangan ADAM50 kepada penerima di Hospital Likas Bahagian Kanak-kanak dan Wanita pada pagi kelmarin. – Bernama

    Insentif ADAM50 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018 adalah dana tabungan permulaan sebanyak RM$200 diberikan kepada setiap anak Malaysia yang lahir dari 1 Jan 2018 hingga 2022.

    Sementara itu, seorang ibu Nurul Fithriyah Ibrahim, 31, turut gembira kerana pemberian ADAM50 itu adalah rezeki buat anak keduanya, seorang anak damit lelaki seberat 2.67 kg yang dilahirkan pada 7:27 pagi tadi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda