Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak damit maut, 23 orang hilang sampan diserang badak air

    BLANTYRE, 17 MEI – Seorang anak damit berusia setahun maut manakala 23 lagi hilang dan dikhuatiri maut selepas seekor badak air menyerang dan menterbalikkan sampan mereka naiki di sungai di selatan Malawi, kata pihak berkuasa, kelmarin.

    Sampan kayu panjang itu membawa 37 orang penumpang itu  dalam perjalanan menyeberangi Sungai Shire ke negara jiran Mozambique apabila ia diserang oleh badak air di daerah Nsanje pada Isnin.

    Polis Malawi berjaya menyelamatkan 13 orang dengan bantuan kakitangan Program Makanan Sedunia (WFP) yang bekerja di kawasan itu dan menyediakan bot untuk operasi menyelamat, menurut Pesuruhjaya Polis Daerah Nsanje, Dominic Mwandira.

    Mangsa yang hilang dikhuatiri mati kerana pencarian telah dijalankan selama lebih 24 jam, kata jurucakap polis, Agnes Zalakoma.

    Presiden Malawi, Lazarus Chakwera mengarahkan Menteri Air dan Sanitasi, Abida Mia ke tempat kejadian. Abida Mia berkata penduduk tempatan memberitahu bedak air sering menimbulkan masalah di kawasan itu dan mereka mahu pihak berkuasa memindahkan beberapa haiwan itu.- AP

    Menteri Air dan Sanitasi (kiri) menunggu bersama Ahli Parlimen tempatan, Gladys Ganda (kanan) untuk berita terkini daripada pihak penyelamat di tebing Sungai Shire, kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda