Saturday, October 19, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak damit maut, 65 selamat selepas bot pendatang karam di perairan Perancis

    LILLE, 18 OKT – Seorang anak damit maut apabila sebuah bot pendatang yang terlebih muatan menuju ke Britain karam di Selat di luar pantai Perancis malam kelmarin, kata pihak berkuasa maritim Perancis hari ini.

    Kemalangan itu berlaku di luar bandar Perancis Wissant, kata pihak berkuasa maritim yang menguruskan Selat dan Laut Utara memberitahu AFP, sambil menambah bahawa 65 orang telah diselamatkan tetapi seorang “anak damit ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.”

    Kejadian terbaharu itu menjadikan jumlah pendatang yang terkorban ketika cuba menyeberangi Selat tahun ini kepada kira-kira 52 orang, rekod tertinggi sejak 2018.

    Pada 3 September, enam kanak-kanak dan enam orang dewasa maut.

    Sebulan kemudian, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan tiga orang dewasa maut selepas bot yang terlebih muatan mengalami masalah semasa merentasi perjalanan yang berbahaya itu.

    Bilangan pendatang yang tiba dengan bot ke Britain tahun ini adalah purata 53 orang berbanding 13 pada 2020, menurut angka rasmi Britain. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda