Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak damit maut jatuh ke dalam lubang tandas sebaik dilahirkan

    SHAH ALAM, 27 SEPT – Seorang anak damit lelaki me-ninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang tandas sebaik sahaja dilahirkan di sebuah rumah di Parit 7, Sekinchan petang tadi. 

    Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata ketika kejadian kira-kira 4:03 petang itu, seorang wanita yang sedang mengandung kira-kira tujuh bulan melahirkan anak damitnya secara tidak sengaja di dalam tandas ketika hendak membuang air besar.

    “Anak damit yang dilahirkan telah terjatuh ke dalam (lubang) mangkuk tandas dan berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dalam masa 10 minit setelah memecahkan tandas tersebut,” katanya.

    Beliau berkata anak damit tersebut disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan ibunya yang berumur 37 tahun berada dalam keadaan stabil serta telah dihantar ke Hospital Tanjung Karang menggunakan ambulans. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda