Saturday, July 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak damit maut terjatuh dari gelongsor air

    ZAGREB, 24 JULAI – Seorang anak damit perempuan warga Jerman meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah gelongsor air di Pulau Rab, yang terletak di utara Croatia, menurut kenyataan pihak polis dan laporan media, kelmarin.

    Menurut pihak berkuasa, kejadian itu berlaku petang Selasa. Selepas kemalangan tersebut, mangsa telah diterbangkan dari Pulau Rab ke bandar Rijeka yang terletak di pesisir utara Laut Adriatik untuk menerima rawatan, namun para doktor gagal menyelamatkannya, kata kenyataan pihak polis.

    Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti keadaan dan punca sebenar kemalangan tersebut.

    Media tempatan melaporkan kanak-kanak itu tergelincir daripada dakapan bapanya ketika mereka sedang berada di atas gelongsor air di sebuah taman tema air di Lopar dan terjatuh ke atas permukaan konkrit. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda