Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak damit maut termakan fentanyl, 2 lelaki berdepan hukuman penjara

    NEW YORK, 11 JUN – Dua lelaki dikaitkan dengan dos berlebihan opioid seorang anak damit di pusat jagaan New York City telah mengaku bersalah atas tuduhan dadah dan menyebabkan kecederaan tubuh badan, kata pendakwa raya.

    Lelaki itu mengaku menyimpan fentanyl di papan lantai bilik permainan pusat asuhan Bronx, kata pendakwa raya.

    Felix Herrera Garcia, 35 mengaku bersalah kelmarin atas tiga pertuduhan jenayah mengedar dadah, termasuk memiliki narkotik dengan niat untuk mengedar sehingga mengakibatkan kecederaan badan yang serius. Pendakwa raya berkata mereka mendapatkan pengakuan bersalah daripada Parras Paredes, 38, atas satu pertuduhan yang sama. Kedua-dua lelaki berasal dari Bronx.

    Seorang anak damit berusia 22 bulan, Nicholas Dominici, meninggal dunia selepas termakan fentanyl di pusat asuhan Divino Nino pada bulan September. Tiga lagi kanak-kanak terselamat selepas doktor memberikan ubat pemulihan Narcan.

    Herrera melarikan diri dari Amerika Syarikat selepas dos berlebihan dan dalam pelarian di Mexico selama kira-kira dua minggu sebelum dia ditangkap. Isteri Herrera, yang didakwa bekerja sebagai pengendali pusat jagaan itu, bersama seorang lagi, didakwa secara berasingan atas tuduhan membunuh, memiliki dadah dan serangan.

    Herrera dan Paredes berdepan hukuman penjara minimum mandatori 20 tahun, kata pendakwa raya. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda