Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak damit menang baucar $50

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Anak damit berusia 10 bulan, Awang Muhammad Sa’id Luthfi bin Haji Muhammad Nursyahmi telah diumumkan sebagai pemenang Perlumbaan Merangkak sejauh tiga meter untuk anak damit berumur 12 bulan ke bawah sekali gus menerima baucar wang tunai $50, hari ini.

    Perlumbaan anjuran Little Woods yang diadakan di cawangannya di Delima itu menyaksikan gelagat comel anak-anak damit dan tidak kurang juga keterujaan ibu bapa yang berusaha menarik perhatian anak-anak mereka untuk sampai ke garisan penamat.

    Anak-anak damit lain yang menyertai dalam perlumbaan itu juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila mereka juga menerima baucar membeli belah bernilai $5 setiap seorang.

    Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Runcit Little Woods, Amie Corpin.

    Dengan adanya aktiviti seumpamanya, ia diharap dapat membantu mempromosikan masa keluarga yang berkualiti dan mengabadikan detik gembira.

    Pertandingan berkenaan adalah sebahagian daripada Baby Bonanza yang akan berakhir pada penghujung bulan ini.

    Amie Corpin semasa menyampaikan hadiah kepada Awang Muhammad Sa’id Luthfi. – Gambar serahan Little Woods
    Gambar ramai anak-anak damit bersama ibu bapa mereka yang menyertai perlumbaan itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda