WASHINGTON, 3 Mei – Seorang anak damit lelaki meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam air deras Sungai Rio Grande ketika keluarganya cuba menyeberangi ke Amerika Syarikat dengan menggunakan rakit getah, kata pihak berkuasa semalam.
Tiga orang lain, dua di antara mereka kanak-kanak, hilang selepas rakit tenggelam di sempadan AS-Mexico, kata Pasukan Perlindungan Kastam dan Sempadan AS dalam satu kenyataan.
Kumpulan yang terdiri daripada sembilan orang itu adalah sebahagian daripada aliran penghijrah beramai-ramai – kebanyakan mereka dari negara Amerika Tengah yang dibelenggu keganasan – cuba memasuki Amerika Syarikat. – AFP