SYDNEY, 28 April – Seorang anak damit yang lahir dengan tiga kaki – disebabkan bahagian badan kembar telah tumbuh dalam anak itu, – telah pulang ke tanah airnya, Bangladesh hari ini selepas menjalani pembedahan rumit dan luar biasa di Australia yang telah membolehkannya berjalan dan berlari, menurut doktornya.
Choity Khatun, berusia tiga tahun telah diberikan sedikit prospek akan dapat terus hidup sehingga dia dibawa ke Melbourne tahun lalu oleh badan amal Australia, Children First Foundation.
Sepasukan doktor bedah telah selama beberapa bulan merancang dengan teliti prosedur untuk membentuk semula anatominya .
“Kembar telah tumbuh dari pelvisnya tetapi kembar itu hanyalah sebahagian kembar. Masalah ialah tidak ada buku peraturan bagi keadaan ini kerana dia adalah individu sangat unik dengan itu mesti dicuba dan diusahakan,” Chris Kimber, ketua doktor bedah pediatrik di Hospital Monash Childern, memberitahu AFP.
Kimber berkata “Apabila Choity tiba di Australia, keadaannya sangat tidak seimbang pemakanannya, dia tidak dapat berjalan dengan betul sama sekali.”.
Dengan perundingan dengan pakar-pakar dari Eropah dan AS, doktor-doktor bedah merancang satu prosedur yang melibatkan membuang kaki ketiga selebihnya – yang mana sebahagiannya telah pun dipotong sebelumnya di Bangladesh, dan juga mengeluarkan, memutuskan dan menyambung semula organ-organ lain. – AFP