Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak damit pertama lahir dengan DNA tiga individu

    LONDON, 10 MEI – Anak damit pertama dengan DNA daripada tiga orang dilahirkan di United Kingdom (UK) selepas satu prosedur khas IVF, kata pengawal selia kesuburan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Menurut laporan, Pihak Berkuasa Persenyawaan dan Embriologi Manusia (HFEA) mengesahkan ‘kurang daripada lima’ anak damit telah dilahirkan di UK selepas rawatan pendermaan mitokondria (MDT) setakat 20 April tahun ini.

    HFEA tidak memberikan butiran lanjut untuk mengelakkan keluarga daripada dikenal pasti, lapor The Guardian selepas menerima maklumat daripada permintaan kebebasan maklumat.

    Matlamat rawatan adalah untuk mengelakkan wanita menyebarkan gen yang rosak dalam mitokondria dan meng-halang kanak-kanak mewarisi keadaan itu.

    Teknik itu melibatkan pemberian anak IVF kepada seorang wanita dengan DNA daripada tiga individu.

    Anak damit itu akan mempunyai DNA nuklear daripada ibu dan bapanya, yang menentukan ciri-ciri utama seperti personaliti dan warna mata.

    Selain itu, anak berkenaan juga akan mempunyai sejumlah kecil DNA mitokondria daripada penderma wanita iaitu individu ketiga.- Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda