Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak Fauziah Nawi meninggal dunia

    “Mama minta maaf kerana tak dapat jaga Pitt seperti arwah baba pesan. Terima kasih banyak kepada semua yang mendoakan”.

    Pelakon Fauziah Nawi, 66, berkata demikian selepas mayat anaknya yang juga pengarah filem, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif, 43, ditemui di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini.

    Fauziah menerusi siaran langsung di Facebook turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan berusaha mencari anaknya yang hilang selepas bot dinaikinya bersama rakan, Sham Mokhtar, 38, terbalik dan pecah dua ketika memancing di sungai berkenaan kira-kira jam 11 pagi, baru-baru ini.

    “Berakhir sudah hidup anak saya pada usia 43 tahun. Alhamdulillah, jenazahnya ditemui dengan keadaan sangat elok. Ini diberitahu oleh adik saya, Mohd Fauzi Nawi yang berada di lokasi.

    “Jenazah kini berada di Hospital Kuala Lipis dan saya tidak pasti sama ada akan dibawa ke rumah saya di Taman Melati atau ke rumah besan, di mana arwah tinggal sebelum ini,” katanya.

    Fauziah menerusi siaran langsung itu turut memohon maaf kepada semua yang cuba menghubunginya kerana tidak mampu menjawab sebarang panggilan buat masa ini. “Saya memohon kepada semua, jangan hubungi saya, saya tak larat nak jawab…,” katanya dalam nada sebak.

    Difahamkan, Firdaus berada di daerah itu bagi menyiapkan penggambaran filem Coast Guard yang bermula kira-kira dua bulan lalu.

    Firdaus meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad, 42, dan tiga anak perempuan berusia tujuh hingga 16 tahun. – Agensi

    Fauziah menerusi siaran langsung di Facebook turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan berusaha mencari anaknya yang hilang. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda