Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak gajah kembar lahir di Sri Lanka

    COLOMBO, 31 OGOS – Rumah kurungan gajah utama Sri Lanka hari ini merekodkan satu kelahiran kembar gajah luar biasa, ketika ibu gajah dinamakan Surangi yang berusia 25 tahun, melahirkan dua ekor gajah jantan yang sihat.

    Ia merupakan kembar gajah pertama lahir dalam kurungan di Sri Lanka sejak 1941, menurut pakar gajah, Jayantha Jayewardene.

    “Kedua-dua anak gajah dan ibunya sihat,” kata Renuka Bandaranaike, ketua Rumah Gajah Pinnawala memberitahu AFP.

    “Anak gajah agak kecil, namun dalam keadaan sihat,” tambahnya. Menurutnya, Surangi pernah melahirkan anak gajah jantan dalam 2009 dan ini merupakan kali kedua ia bunting dan melahirkan anak kembar.

    Bapa gajah tersebut, bernama Pandu, 17, merupakan salah seekor daripada 81 gajah di rumah kurungan itu yang dibina dalam 1975 bagi menjaga gajah liar yang melarat.

    Kemudahan itu merupakan tarikan pelancong, sudah ditutup kepada pelawat kerana sekatan koronavirus.

    Tahun lalu, pegawai hidupan liar mengatakan kembar gajah yang diketahui hidup dalam hutan liar di Sri Lanka dikesan di hutan perlindungan Minneriya di timur bandar itu. – AFP

    Gambar serahan Rumah Kurungan Gajah Pinnawala menunjukkan Surangi bersama anak gajah jantan kembar yang baharu lahir pada 31 Ogos, dengan beza kelahiran lima jam bagi anak gajah itu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda