Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak ikan lumba-lumba gagal diselamatkan

    BANGKOK, 7 SEPT – Seekor anak ikan lumba-lumba Irrawaddy yang diselamatkan dan dijaga selama berminggu-minggu oleh ahli veterinar dan sukarelawan di pantai Thailand telah mati meskipun segala usaha telah dilakukan, menurut pegawai yang memberikan penjagaan kecemasan untuk haiwan, hari ini.

    Anak ikan lumba-lumba yang panggil Paradon, ditemui oleh seorang nelayan pada 22 Julai, dan berpuluh-puluh ahli veterinar dan sukarelawan membantu menjaga ikan lumba-lumba tersebut di Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Marin dan Sumber Pantai Thailand di Rayong, Teluk Thailand.

    “Kami terkejut kerana ia berlaku terlalu pantas. Paradon banyak menunjukkan peningkatan sejak kami temuinya,” kata Oranee Jongkolpath, seorang veterinar di pusat tersebut.

    “Ikan lumba-lumba itu mula sakit sekali lagi pada 31 Ogos, mengalami masalah bernafas dan masalah diarea. Kadar kesihatannya merosot dengan pantas, dan mati pada malamnya.”

    Oranee, bersama rakan-rakannya, membuat pemantauan 24 jam semasa ia mengalami kecederaan.

    Pasukan yang menjaga Paradon berkata pemeriksaan awal mendapati terdapat jangkitan pada paru-parunya, tetapi mereka masih menunggu keputusan penuh dari makmal untuk mengetahui punca kematian. – AP

    Seorang ahli veterinar menjaga anak ikan lumba-lumba Irrawaddy bernama Paradon di pusat perlindungan di wilayah Rayong, Thailand. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda