Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak ikut jejak Atta Halilintar

    Bergelar bapa kepada dua cahaya mata perempuan pada usia masih muda bukan tanggungjawab mudah digalas oleh pempengaruh media sosial Indonesia, Atta Halilintar, lapor mStar.

    Gembira kehadiran Ameena Hanna Nur Atta dan Azura Humaira Nur Atta, selebriti berusia 29 tahun ini berkata, dia masih belajar untuk menjadi bapa terbaik untuk anak-anaknya.

    “Saya gembira kehadiran Ameena dan Azura. Ramai yang bercakap mengenai mereka di Malaysia mahupun Indonesia, tetapi masih banyak perlu saya belajar untuk menjaga anak perempuan.

    “Anak perempuan ini tanggungjawab atas bapa sampai berkahwin. Saya akui masih belajar menjadi bapa baik untuk mereka,” katanya yang ditemui ketika sidang media pelancaran lagu kolabarasi pertama dengan penyanyi rap Malaysia, Kidd Santhe dan Saixse berjudul Mantap Cuy di Flour, Fire & Stone, Petaling Jaya. baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Atta memberitahu, dia terbuka berkongsi mengenai Ameena di laman sosial kerana ramai peminat mendoakan dan menyayangi puteri sulungnya.

    Atta berkongsi, Ameena petah dan bijak berkata-kata kemungkinan disebabkan anaknya melihat apa yang dilakukannya setiap hari. – mStar

    “Banyak gambar dan video Ameena dirakam. Selagi orang mendoakan dan suka dengan Ameena, saya akan terus membuat hantaran.

    “Kalau dulu orang akan bertanya mengenai saya dalam laman sosial, tetapi sekarang setiap hantaran pasti orang bertanya mengenai Ameena. Ternyata, Ameena memiliki aura yang tersendiri,” ujarnya.

    Sementara itu, Atta memberitahu, Ameena petah dan bijak berkata-kata kemungkinan disebabkan anaknya melihat apa yang dilakukan setiap hari.

    “Mungkin Ameena sudah terbiasa tengok saya bercakap depan kamera, buat vlog, jadi dari situ, belajar.

    “Kalau anak melihat orang tuanya menyanyi, dia akan menyanyi juga. Apa sahaja orang tuanya buat, dia akan ikut,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda