Saturday, February 8, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak ikut jejak langkah Pasha jadi artis

    Sebagai seorang yang juga pernah melalui fasa hidup muda, vokalis kumpulan Ungu iaitu Pasha tidak pernah membataskan pergaulan anaknya, Kiesha Alvaro yang kini berusia 18 tahun.

    Bagaimanapun Pasha sentiasa berpesan kepada anaknya itu agar menjauhi dadah dan tidak berkawan dengan orang yang menggunakan barang terlarang tersebut.

    “Kita semua pernah merasa pengalaman ketika usia 18 tahun. Saya menggalakkan dia untuk bergaul dengan ramai orang tetapi harus pandai menjaga batas.

    “Saya juga pesan supaya hindari dadah dan rakan-rakan yang terlibat dengannya. Tidak rugi jika kita tidak berkawan dengan orang sebegitu,” katanya seperti yang dipetik dari Kapan Lagi.

    Dalam masa sama, Pasha juga berbangga dan bersyukur melihat perjalanan seni anaknya itu semakin baik dan Kiesha sendiri merupakan seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga.

    “Syukur perjalanan seni Kiesha semakin baik.

    “Dia sekarang sudah dewasa dan tahu untuk menjaga keluarga,” jelasnya.

    Kiesha merupakan anak Pasha dari perkahwinan pertama dengan bekas isteri iaitu Okie Agustina. – Agensi

    Pasha bangga dengan pencapaian Kiesha Alvaro yang berusia 18 tahun. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda