Anak Kajol dan Ajay tak minat jadi pelakon

Lahir sebagai seorang anak pasangan popular Bollywood, Nysa Devgan bagaimanapun dikatakan tidak mahu mengikut jejak langkah kedua ibu bapa untuk terjun ke dunia seni.

Perkara itu diakui sendiri oleh bapanya Ajay Devgan yang memberitahu anaknya itu seakan tidak menunjukkan minat menjadi seorang pelakon.

“Saya tidak pasti sama ada dia mahu terlibat dalam bidang ini atau tidak.

“Buat masa sekarang dia tidak menunjukkan sebarang minat, tetapi semuanya boleh berubah,” katanya seperti dipetik dari Hindustan Times.

Suami kepada Kajol itu turut memaklumkan anaknya kini sedang menyambung pengajian dalam bidang hospitaliti di Switzerland.

Nysa merupakan anak pertama pasangan Ajay dan Kajol yang berkahwin pada tahun 1999. Selain Nysa, 19, mereka juga mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Yug yang kini berusia 12 tahun.

Nysa menjadi tumpuan ramai selepas wajah cantiknya menjadi tular di sosial media. – Agensi

Nysa Devgan bersama bapanya Ajay Devgan. – Agensi