Wednesday, December 25, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak katak boleh menyamar sebagai najis haiwan

    VIENA, 13 OKT – Anak katak yang berasal dari Asia Tenggara menunjukkan ‘corak warna yang luar biasa’, mungkin untuk menyamar sebagai ‘najis haiwan’ bagi mengelakkan pemangsa, menurut satu kajian.

    Pasukan penyelidik yang mengkaji anak katak terbang Wallace, yang berwarna merah terang dengan titik-titik putih kecil membuat penemuan ini hasil daripada eksperimen di Zoo Schoenbrunn, Vienna, demikian menurut zoo itu kelmarin.

    “Katak muda mungkin mengandaikan bahawa ia akan dilihat tetapi dianggap sesuatu yang tidak boleh dimakan,” kata penyelidik Universiti Vienna, Susanne Stueckler.

    Beliau dan beberapa orang lain baru-baru ini menerbitkan penemuan mereka dalam jurnal Behavioral Ecology and Sociobiology.

    Untuk menguji hipotesis bahawa katak cuba mengelakkan pemangsa, penyelidik membuat model katak lilin dengan warna yang berbeza dan meletakkannya di hutan hujan zoo.

    Rumah itu ‘mengandungi komuniti pemangsa burung yang beraneka ragam yang diketahui menggunakan penglihatan warna untuk mengesan katak sebagai buruan’, catatan kajian itu.

    Kajian itu mendapati kadar serangan adalah lebih tinggi untuk warna merah berbanding hijau tetapi kurang separuh apabila model merah mempunyai bintik-bintik putih.

    “Kami menunjukkan bahawa corak warna yang luar biasa pada katak muda mungkin berfungsi sebagai penyamaran najis haiwan,” kata penyelidik itu.

    “(Ia mungkin) berfungsi sebagai strategi anti-pemangsa supaya pemangsa salah mengenal pastinya sebagai objek yang tidak boleh dimakan,” tambah mereka. – AFP

    Penyelidik mendapati anak katak terbang Wallace yang berkemungkinan menyamar seperti najis. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda