LOS ANGELES, 25 JULAI – Bronny James, anak sulung pemain bintang NBA, LeBron James, berada dalam keadaan stabil selepas mengalami serangan jantung semasa latihan bersama pasukan bola keranjang kolejnya, menurut keluarga James kelmarin.
Bronny James, 18, tumbang semasa di gelanggang ketika menjalani latihan bersama rakan pasukannya di University fo Southern California (USC) pada Isnin di Los Angeles.
“Kelmarin semasa latihan Bronny James mengalami serangan jantung,” menurut jurucakap keluarga James dalam satu kenyataan kepada AFP.
“Kakitangan perubatan telah merawat Bronny dan membawanya ke hospital. Dia kini berada dalam keadaan stabil dan tidak lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Kami meminta orang ramai untuk menghormati privasi keluarga James dan kami akan mengumumkan perkembangkan terkini.
“LeBron dan Savannah mengucapkan terima kasih dan menghargai kakitangan perubatan USC atas tugas yang luar biasa dan dedikasi untuk keselamatan atlet.”- AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/07/144334-01-02-1024x683.jpg)