BEIJING, 16 JAN – Anak lelaki bekas pemimpin China, Hu Jintao, yang secara mendadak diiringi keluar dari mesyuarat politik besar pada 2022, telah dilantik ke jawatan Menteri Kanan, kata kerajaan hari ini.
Hu Haifeng, 51, telah dinamakan penolong ketua Kementerian Hal Ehwal Awam negara itu, menurut satu kenyataan di laman web Kementerian Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial.
Namun, kenyataan itu tidak memberikan butiran lanjut. Hu Jintao menerajui tampuk pentadbiran sebagai pemimpin tertinggi China selama sedekad sebelum penggantinya, Xi Jinping berkuasa pada 2012.
Beliau dibelenggu kemelut politik yang tercetus pada kongres utama Parti Komunis pada Oktober 2022 ketika Xi meneruskan penggal ketiga dalam jawatan.
Bekas pemimpin itu tiba-tiba dibawa keluar pada majlis penutup acara itu, jelasnya tanpa kerelaannya dan mengejutkan media global yang berkumpul pada kongres itu.
Pegawai kemudian berkata dia mengalami masalah kesihatan, tetapi langkah itu mencetuskan spekulasi beliau telah disingkirkan atas arahan Xi. – AFP
