Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak lelaki ‘El Chapo’ mengaku tidak bersalah

    NEW YORK, 31 JULAI – Anak lelaki bekas ketua kartel dadah Sinaloa, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman mengaku tidak bersalah kelmarin atas beberapa siri pertuduhan yang dikaitkan dengan salah satu operasi narkotik terbesar di dunia, kata pendakwa raya.

    Joaquin Guzman Lopez telah ditangkap dalam satu skim yang didakwa didalangi oleh Washington tanpa penglibatan Mexico, di mana dia ditahan di Texas Khamis lalu.

    Hakim dalam kes itu tidak membenarkan ikat jamin dan menahannya dalam tahanan, memerintahkan perbicaraan pengurusan kes pada 30 September, beritahu pembantu pejabat Peguam AS dalam satu kenyataan kepada AFP.

    Banyak butiran tentang operasi penangkapan, di mana pengasas bersama kartel Ismael Zambada Garcia, yang dikenali sebagai ‘El Mayo,’ turut ditahan AS, masih kabur. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda