Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Anak Nikita mirip pelakon Korea, Wi Ha Joon

    Anak lelaki pelakon Indonesia, Nikita Willy dikatakan mirip dengan wajah pelakon asal Korea Selatan iaitu Wi Ha Joon.

    Ramai memuji wajah comel Issa Xander Djokosoetono, selepas aktres itu memuat naik foto kanak-kanak berusia dua tahun itu di Instagram miliknya.

    Tidak hanya comel, wajah Issa turut dikatakan mirip seperti Ha Joon apatah lagi gaya rambut mereka juga hampir sama.

    “Ini Wi Ha Joon versi lokal. Comel sangat Issa.

    “Mirip sangat dengan Wi Ha Joon. Ayahnya pula ada iras RM (BTS),” komen warganet menurut laporan mStar.

    Ha Joon terkenal menerusi beberapa drama bersiri popular termasuk Bad and Crazy, Little Women, Squid Game, 18 Again dan The Worst of Evil.

    Untuk rekod, Nikita mendirikan rumah tangga bersama Indra pada 16 Oktober 2021. Nikita melahirkan Issa di Hospital Cedars-Sinai Medical Centre, Los Angeles, Amerika Syarikat. – Agensi

    Kecomelan Izz mendapat perhatian ramai peminat.- mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...