Anak orang asli dijangkiti penyakit misteri

KUALA KRAI, 9 JUN – Seorang bapa tunggal Orang Asli Kampung Kuala Koh Gua Musang menceritakan bagaimana dua anak perempuannya yang dijangkiti penyakit misteri mengalami sejak nafas dan sukar untuk tidur selama empat hari sebelum digegaskan ke hospital semalam. “Saya risau memikirkan nasib kedua-dua anak perempuan saya yang mengalami sesak nafas,” luah bapa tunggal, Adidas Om, 32 ketika ditemui pemberita di Hospital Kuala Krai (HKK) di sini, hari ini.

Adidas mendakwa kedua-dua anak perempuannya, Hoi, 6, dan Boi, 5, mengalami sesak nafas sejak empat hari lepas dan tidak dapat tidur pada waktu malam.

Berikutan itu, Adidas membuat laporan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan sebelum kakitangan agensi tersebut membawa Hoi ke Hospital Gua Musang dan Boi ke Hospital Kuala Krai di sini semalam. – Bernama

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puri (kanan) bertanyakan sesuatu kepada sebahagian penduduk Orang Asli ketika meninjau masyarakat Orang Asli suku Batek di Kuala Koh hari ini.