SYDNEY, 21 JULAI – Seorang wanita Australia yang didakwa membunuh telah dihantar untuk menjalani pemeriksaan perubatan di tengah laporan mengatakan dia memenggal kepala ibunya dan meninggalkan kepala itu di luar rumah seorang jiran.
Polis berkata mayat wanita berusia 57 tahun itu ditemui dalam rumahnya di Sydney pada malam semalam, dalam apa yang digambarkan oleh mereka sebagai salah satu kejadian jenayah ‘paling dahsyat’ yang pernah dilihat oleh mereka.
Anak perempuan wanita yang berusia 25 tahun telah ditahan di depan taman sebuah rumah jiran selepas didakwa meletak kepala ibunya di lorong jalan kaki di luar, lapor akhbar Daily Telegraph.
Penyiar ABC berkata tertuduh hadir di Mahkamah Parramatta Bail dan menerusi siaran video hari ini, memberitahu mahkamah dia memerlukan rawatan perubatan.
Wanita itu telah dihantar ke sebuah hospital untuk menjalani penilaian perubatan, polis mengesahkan kepada AFP.
Dia tidak memohon ikat jamin, tambah ABC. Pegawai berkata seorang saudara tertuduh berusia empat tahun melihat kejadian itu, dan sedang dirawat di hospital atas kecederaan kepala sebelum dipulangkan kepada keluarganya. – AFP