Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak panda gergasi bertemu orang ramai di Hong Kong

    HONG KONG, 23 MAC – Pengunjung Ocean Park kini berpeluang melihat pasangan anak panda gergasi kembar kelahiran Hong Kong bersama ibu mereka, Ying Ying, bermula Sabtu, lapor Xinhua.  

    Orang ramai tiba seawal dua jam sebelum taman tema itu dibuka untuk menyaksikan detik penuh kasih sayang antara ibu dan anak,

    “Anak panda gergasi membesar dengan baik di bawah penjagaan ibu mereka. Mereka biasanya tidak akan hidup berdikari sehingga berusia dua hingga tiga tahun,” kata Howard Chuk, Ketua Operasi Zoologi dan Pemuliharaan Ocean Park Hong Kong.

    Dalam sesi tontonan, anak panda jantan kelihatan mengekori rapat Ying Ying sebelum si ibu mencium serta menjilat perutnya. Selepas seketika bermain, Ying Ying menyusukan kedua-dua anaknya.

    Sebanyak 3,000 tiket kemasukan akan diedarkan setiap hari bermula 10 pagi, dan semua tiket habis diagihkan menjelang tengah hari pada Sabtu.

    Pengunjung dibenarkan menghabiskan masa selama tiga minit dengan keluarga panda dalam kumpulan seramai 40 orang.

    Pasangan panda kembar itu, yang membuat kemunculan pertama kepada umum pada 16 Februari ketika berusia enam bulan, kini seberat kira-kira 12 kilogram.

    Nama rasmi mereka akan diumumkan dan dipilih daripada penyertaan dalam pertandingan penamaan peringkat bandar. – Bernama

    Pasangan anak panda gergasi kembar yang lahir di Hong Kong buat penampilan pertama kepada media di Ocean Park semasa majlis sambutan di Hong Kong, pada 15 Februari 2024. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda