Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak panda lahir di zoo Tokyo

    TOKYO, 12 Jun – Seekor anak panda dilahirkan di zoo Tokyo hari ini, tetapi jantina, berat dan sama ada ia akan hidup masih tidak pasti.

    Ibu panda, ShinShin, di mana anaknya sebelum ini hanya hidup selama enam hari, sedang mendukung anaknya yang baru lahir tetapi sama ada anak itu sedang menyusu masih tidak jelas, kata Zoo Ueno dalam satu kenyataan.

    Zoo itu mengeluarkan satu gambar kabur ibu dengan kepala dan tangan dan kaki anaknya yang kecil juga kelihatan.

    Sementara anak ShinShin yang dilahirkan pada 2012 mati, panda lain yang dilahirkan di zoo telah hidup.

    Bapa kepada anak yang baru lahir itu adalah seekor panda lain di zoo Tokyo bernama RiRi, di mana namanya bermakna “kuasa.” Nama ShinShin bermakna “kebenaran.”

    Seorang kakitangan Zoo Ueno menunjukkan ShinShin membawa anaknya yang baru lahir itu dalam mulutnya. - AP
    Seorang kakitangan Zoo Ueno menunjukkan ShinShin membawa anaknya yang baru lahir itu dalam mulutnya. – AP

    Zoo Ueno telah berhenti mempamerkan ShinShin di khalayak ramai apabila tanda-tanda kehamilannya muncul pada awal tahun ini.

    Kehamilan dan kelahiran panda telah lama diperhatikan oleh penjaga zoo dan orang awam, dan zoo telah campur tangan dan meminta penjaga zoo menjaga anak panda untuk memastikan mereka terus hidup.

    Panda pertama yang dilahirkan dalam kurungan di Jepun adalah pada tahun 1985, di Zoo Ueno, dan ia hidup selama 43 jam sahaja.

    Kira-kira 420 panda besar tinggal dalam kurungan, kebanyakannya di negara asal mereka di China, sementara kira-kira 1,860 hidup di hutan.

    China selama beberapa dekad telah memberikan mascot negara mereka sebagai hadiah kepada negara lain dalam apa yang dikenali sebagai “diplomasi panda.”

    Negara itu baru-baru ini telah meminjam panda kepada zoo berdasarkan perjanjian komersial. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda