Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak Pasha Ungu takut bercinta kerana azab kubur

    Tampil memegang watak utama dalam filem seram berjudul Siksa Neraka, pelakon Indonesia, Kiesha Alvaro mengakui karakter itu memberi kesan mendalam buatnya sehingga beliau takut ingin bercinta.

    Memetik dari mStar, menurut Kieha atau Kiesha Alvaro Putra Sigit, 19, jalan cerita dalam filem tersebut telah membuatkan beliau sedar mengenai balasan dan dosa bagi pasangan yang bercinta tanpa ikatan perkahwinan.

    “Adegan filem ini mengganggu fikiran saya, jadi dari situ saya mula terfikir dan rasa takut untuk bercinta. Saya mahu terus taaruf,” katanya.

    Tambah anak kepada penyanyi Pasha Ungu ini, adegan dalam filem berkenaan juga sedikit-sebanyak mempunyai kaitan kisah peribadinya.

    Bercakap tentang pengalaman ketika di set penggambaran, Kiesha dapat merasakan sendiri bagaimana gambaran seksa kubur bagi seseorang atas perbuatan dosanya.

    “Filem ini sangat dekat dengan saya. Ada beberapa babak yang mana saya juga pernah lakukan dalam kehidupan harian jadi cerita ini memberi satu tamparan buat saya.

    “Ini filem seram pertama saya. Berlakon filem ini sangat memenatkan. Antaranya perlu berlakon babak diseksa dan satu gambaran yang disebut dalam Al-Quran,” jelasnya. – Agensi

    Kiesha lebih mendalami hubungan yang mengikut ajaran Islam. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda