MIAMI, 18 APRIL – Sebuah insiden tembakan besar-besaran telah mengorbankan dua nyawa di sebuah universiti di Florida.
Menurut pihak polis di negeri tenggara Amerika Syarikat kelmarin, kejadian ini didakwa telah dilakukan oleh seorang anak kepada timbalan syeriff tempatan menggunakan senjata lama ibunya.
Lima orang lagi telah dimasukkan ke hospital selepas suspek, yang dikenali sebagai Phoenix Ikner, mengamuk di Universiti Florida State dengan melepaskan tembakan rambang ke arah pelajar, sebelum dia ditembak oleh pihak berkuasa tempatan.
Kampus tersebut telah ditutup serta-merta selepas insiden dan para pelajar diarah untuk berlindung di tempat masing-masing ketika pasukan penyelamat bergegas ke lokasi beberapa saat selepas kejadian tembakan pada tengah hari.
Laporan polis mengatakan kedua-dua mangsa bukan pelajar di universiti itu. – AFP
