Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak perempuan PM pertama Singapura meninggal dunia

    KUALA LUMPUR, 9 OKT – Anak perempuan Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew iaitu Dr Lee Wei Ling meninggal dunia hari ini pada usia 69 tahun.

    Dr Lee juga merupakan adik kepada Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong.

    Pemergiannya diumumkan oleh adik lelakinya, Lee Hsien Yang menerusi hantaran di Facebook.

    Beliau berkata Dr Lee meninggal dunia di rumah, namun punca kematiannya tidak dinyatakan.

    “Tiada bunga, sila salurkan sumba-ngan kepada badan amal berikut yang akan bermakna buat Wei Ling: Canossa Mission Singapore, Parkinson Society Singapore, Total Well-Being SG Limited,” tulisnya.

    Dr Lee pada 2020 mendedahkan bahawa beliau telah disahkan menghidap penyakit progressive supranuclear palsy.

    Seorang pakar neurologi semasa hayatnya, Dr Lee, menyifatkan penyakitnya di Facebook sebagai ‘penyakit otak yang agak teruk bermula dengan penyakit seperti Parkinson’ dan diikuti dengan ‘kesukaran menelan, radang paru-paru dan kematian.’ – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda