Sunday, October 2, 2022
33.3 C
Brunei

Anak PM Fiji ditahan di Australia

-

FIJI, 12 SEPT – Pihak berkuasa Australia telah menahan anak lelaki Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama atas tuduhan keganasan rumah tangga.

Ratu Meli Bainimarama, 35, ditahan pada Khamis di Queensland selepas polis New South Wales mengeluarkan waran tangkap terhadapnya, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan, ABC News hari ini.

Dia diekstradisi ke New South Wales pada hari yang sama dan akan menghadiri perbicaraan di mahkamah tempatan Parramatta pada akhir minggu ini.

Ratu Meli merupakan anak lelaki tunggal perdana menteri Fiji, dan tinggal di Australia menggunakan visa bukan penduduk tetap.

Polis New South Wales memaklumkan pegawainya telah memulakan siasatan selepas menerima aduan berkaitan dakwaan keganasan rumah tangga. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -