Monday, November 25, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak Rossa bencikan Yoyo

    Anak kepada penyanyi popular Indonesia, Rossa iaitu Rizky Langit Ramadan pernah menyimpan perasaan benci terhadap bapanya yang juga pemain dram kumpulan Padi Reborn, Yoyo susulan perceraian ibu bapanya.

    Menurut laporan BH Online, luahan itu dibuat remaja berusia 18 tahun berkenaan menerusi sesi temu bual untuk filem All Access To Rossa 25 Shining Years.

    Menurut Rossa, 46, dia hanya mengetahui kesan emosi ditanggung Rizky ketika proses suntingan rakaman temu bual itu dan menangis selepas mendengar luahan anak tunggalnya.

    Rossa hanya mengetahui kesan emosi ditanggung Rizky ketika proses suntingan rakaman temu bual dan menangis selepas mendengar luahan anak tunggalnya.

    “Selama ini, apa yang saya tahu Rizky tidak suka kepada bapanya tetapi tidak sampai tahap membenci. Rupa-rupanya dalam diam, Rizky pernah benci bapanya. Selepas perceraian, saya tidak pernah bertanya bagaimana perasaannya kerana masih kecil.

    Rizky pernah menyimpan perasaan benci terhadap bapanya susulan perceraian bersama Rossa. – Suara.com

    “Luahan Rizky itu sangat menyentuh hati sehingga saya menangis. Ternyata selama ini bukan saya sahaja berusaha untuk mengubat kelukaan akibat perpisahan, tetapi anak juga berusaha untuk dirinya agar jadi kuat di depan saya.

    “Mungkin Rizky berusaha untuk menutupnya kerana tidak mahu melihat saya bertambah tertekan. Tapi, Rizky memang seorang yang suka menutup perasaanya daripada diketahui orang,” kata Rossa yang ditemui pada rakaman episod istimewa audio siar bertajuk Usanita: Unwrapped Kisah Di Sebalik Spotlight Special Edition With Dato Sri Rossa.

    Bagaimanapun, kata Rossa, hubungannya dengan bekas suami dalam fasa yang baik.

    Malah, dia juga tidak menyimpan dendam kepada Yoyo kerana kemarahan yang dipendam boleh menjadi penyakit.

    Walaupun hubungan mereka sudah kembali jernih, Rossa berkata, kemungkinan untuk kembali kepada Yoyo tidak akan terjadi. Menafikan masih menyimpan dendam, sebaliknya ujar Rossa, hatinya sudah tidak ada buat Yoyo. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda