Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak Schumacher jalani latihan pasukan F1

    PARIS, 30 SEPT – Anak kepada juara dunia tujuh kali Michael Schumacher kini semakin hampir mengorak langkah menyertai litar Formula Satu 2021 selepas pasukan Alfa Romeo mengumumkan kelmarin bahawa mereka akan sekali lagi menguji pemandu berusia 21 tahun itu.

    Mick Schumacher menaruh harapan tinggi untuk menjadi pemandu selepas menjuarai Formula Dua Sochi dalam perlumbaan Sabtu lalu yang melanjutkan kejuaraan perlumbaan mengatasi Callum Ilott.

    Dia akan memandu bersama Alfa Romeo menjelang Grand Prix Eifel di litar Nurburgring dua minggu akan datang.

    Alfa Romeo akan mengumumkan barisan pemandu mereka bagi musim 2021 selepas Grand Prix 9 Oktober dan mereka berminat untuk membawa pemandu berusia 21 tahun itu dari F2 ke F1.

    “Saya sangat teruja untuk mendapatkan peluang ini dalam latihan percuma,” kata Schumacher.

    “Saya akan membuat persediaan agar saya dapat melakukan yang terbaik untuk pasukan dan untuk mendapatkan data berharga untuk hujung minggu ini.”

    Jika dia mampu melakukan persembahan yang mengagumkan, dia akan merebut tempat Antonio Giovinazzi berserta beberapa pemandu muda dari Ferrari serta pemandu berpengalaman dari Mexico Sergio Perez dan Nico Hulkenberg dari Jerman. – AFP

    Aksi Mick Schumacher memandu Ferrari 2004 pada 13 September lalu. Mick kini semakin hampir mengorak langkah menyertai litar Formula Satu 2021 bersama pasukan Alfa Romeo. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda