Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak Shah Rukh Khan jadi mangsa buli siber

    Susulan berita penahanan anak kepada pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan dalam serbuan penyitaan dadah, platform Instagram pemuda itu menjadi sasaran warganet.

    Berdasarkan pemantauan media di akaun Instagram Aryan, 23, rata-rata warganet meninggalkan komen sindiran dan cemuhan berhubung berita berkenaan pada dua posting terakhirnya.

    Perkongsian pada foto kedua terakhir bertarikh 12 September 2019 mencatat pembabitan tertinggi iaitu dengan lebih 16,000 komen.

    Manakala foto terakhir yang dimuat naik pada 15 Ogos lalu hingga kini menerima hampir 13,000 komen.

    Namun di sebalik tulisan berunsur negatif, ada juga warganet yang meninggalkan komen memberi sokongan moral dan nasihat kepada Aryan.

    Anak Shah Rukh Khan ditahan pihak berkuasa disyaki terlibat kes dadah. – Agensi

    Terdahulu NDVT-India News melaporkan selain Aryan, tujuh lagi turut ditahan dalam serbuan di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai, India pada Ahad.

    Ia selepas video anak aktor disegani ramai itu tersebar ketika serbuan dilakukan.

    Serbuan menemukan 13 gram kokain, 21 gram kanabis, 22 pil methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan 5 gram dadah jenis mephedrone (MD).

    Difahamkan Aryan kini dalam proses soal siasat oleh pihak NCB dan perbualan WhatsApp juga diperiksa bagi membantu siasatan.

    Dia boleh didakwa di bawah Akta Narkotik dan Bahan Psikotropik (NDPS) 1985, sekiranya NCB menemui kaitan antaranya dan sitaan dadah tersebut. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda