Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Anak Shila Amzah didiagnosis autisme tahap satu

    Penyanyi Shila Amzah mendedahkan anak lelakinya iaitu Seth Uwais didiagnosis dengan autisme tahap satu, dedah mStar.

    Sudah dapat merasakan ada sesuatu tidak kena dengan Seth, Shila bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dia mengetahui keadaan kesihatan sebenar anaknya.

    “Saya baru sahaja balik dari hospital dan Seth didiagnosis autisme pada tahap satu.

    “Alhamdulillah, saya sudah lama rasa ada sesuatu, sama ada di autisme atau ADHD,” katanya.

    Shila menjelaskan perkara tersebut menerusi hantaran video di Instagram miliknya, semalam.

    Tidak bersedih dengan perkara itu, Shila atau Nur Shahila Amir Amzah, 34, sebaliknya berasa lebih yakin dalam mendidik dan membesarkan Seth dengan cara sesuai untuk kanak-kanak autistik.

    “Bila dah sah, senang kita nak tahu apa yang boleh buat dan apa tidak.

    “Jadi kami pun tahu nak buat apa. Doakan supaya Seth boleh membesar dan belajar dengan baik,” ujarnya.

    Sebagai perancangan terdekat, Shila memberitahu Seth akan menjalani terapi dan bakal dimasukkan ke sekolah pendidikan khas. – Agensi

    Shila tetap bersyukur selepas mengetahui keaadan kesihatan anaknya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...