Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak tak terkesan Mawar, Raf bercerai

    Jalan perceraian dipilih aktres popular, Mawar Rashid bersama bekas suami, Raf Yaakob membuatkan dirinya mampu mengecapi ketenangan yang diinginkan dalam hidup.

    Biarpun enggan mendedahkan punca sebenar terlerainya ikatan mereka, Mawar, 29, mengakui detik itu menjadi permulaan baharu buatnya, lapor BH Online.

    “Ini adalah fasa baharu dalam hidup saya. Ini diri saya yang baharu, saya anggap diri ini seperti gelas kosong.

    “Saya berpegang dengan prinsip saya untuk tidak berkongsi isu peribadi pada umum. Sebab saya ada anak-anak. Nanti bila besar, mereka akan baca perkara yang tak sepatutnya.

    “Saya juga menghormati pihak yang terbabit. Tetapi apa yang boleh saya cakap, saya gembira dan bersyukur dengan peluang yang saya terima sekarang,” katanya ditemui pada sidang media dan Majlis Doa Selamat filem Jangan Pandang Belakang 2, di Petaling Jaya, kelmarin.

    Mawar bersyukur dengan peluang menjalani kehidupan baharu selepas berdepan titik terendah dalam hidup. – mStar

    Penerima trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 ini bersyukur dengan peluang menjalani kehidupan baharu selepas berdepan titik terendah dalam hidup.

    “Apabila dapat peluang ini, saya tidak akan sia-siakan. Saya juga bersyukur menerima sokongan peminat.

    “Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik. Tiada lagi mengalami serangan panik. Walaupun ada beberapa dugaan besar dalam hidup, tapi saya kini lebih gembira,” katanya.

    Mengulas mengenai penerimaan anak, aktres yang memulakan kerjaya selepas menyertai program pencarian bakat, Dewi Remaja bagi edisi 2014/2015 ini mengakui, ada kala mereka bertanya mengenai bapa yang sudah tidak tinggal sekali. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda