Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak tempatan pertama lakar sejarah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Dayang Zasika Musdi dari Persatuan Pelayaran Negara Brunei Darussalam (BDYA) melakar sejarah selepas terpilih untuk menjalani latihan pelayaran di bawah Program Latihan Biasiswa World Sailing (WS).

    Dayang Zasika yang dicalonkan dan disokong oleh BDYA, merupakan anak tempatan pertama mendapat biasiswa berprestij WS dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) melalui Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNOC).

    “Saya sangat teruja menjalani latihan dan menerapkan apa yang saya pelajari bagi membangunkan program pelayaran kebangsaan,” kata Dayang Zasika yang berlepas ke United Kingdom, hari ini.

    “Saya menjangkakan ini akan menjadi permulaan besar untuk masa depan pelayaran di Negara Brunei Darussalam,” tambahnya.

    Program latihan tujuh minggu Dayang Zasika akan diadakan di Pejabat Eksekutif WS di Weymouth dan Akademi Pelayaran Kebangsaan Portland.

    Dayang Zasika ketika menyertai Regata Langkawi 2019 di Malaysia.
    Dayang Zasika semasa Regata Samui 2019.

    Latihan ini bertujuan untuk membangunkan pengetahuan dan keupayaan calon untuk mengajar orang lain dan menguruskan kelab-kelab pelayaran.

    Kursus-kursus dalam program latihan Dayang Zasika merangkumi modul teoretikal dan praktikal yang disampaikan oleh pakar WS dan pakar yang lain dalam industri pelayaran.

    Presiden BDYA, Dato Paduka Haji Idris bin Haji Abas mengucapkan terima kasih kepada WS atas penganugerahan biasiswa kepada Dayang Zasika serta kepada BDNOC atas sokongan berterusan mereka.

    Beliau mengharapkan kejayaan Dayang Zasika dan menantikan sumbangannya kepada pembangunan sukan layar di negara ini pada masa hadapan.

    BDYA akan mengadakan Kejohanan Sukan Layar 2019 di BDYA Clubhouse di Serasa dari 20 hingga 22 September ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja