Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Anak tenggiling pertama lahir di zoo

    PRAGUE, 24 FEB – Seekor anak tenggiling China telah lahir di zoo Prague, kelahiran pertama haiwan spesies terancam dalam kurungan di Eropah, dan zoo berkata ia dalam keadaan sihat.

    Tempoh beberapa hari pertama selepas anak tenggiling betina lahir pada 2 Februari, penjaga zoo berasa bimbang kerana berat badannya semakin turun.

    Ia disebabkan ibunya, Run Hou Tang, tidak mempunyai susu yang cukup.

    Selepas rundingan dengan pakar dari Taiwan, program penyusuan tiruan daripada kucing diperkenalkan dan ibu itu diberi rangsangan untuk menghasilkan susunya sendiri.

    Zoo itu berasa optimistik mengenai keadaan anak tenggiling itu, yang masih belum diberikan nama tetapi diberi julukan ‘Little Cone’ kerana ia menyerupai kon pokok fir.

    “Kami hanya berjaya mengatasi halangan pertama dan halangan lain bakal menanti kami,” kata Pengarah Zoo, Miroslav Bobek.

    Anak tenggiling itu hanya mempunyai berat 135 gram. Tenggiling dewasa boleh mencecah 15 paun.

    Prague menerima haiwan unik itu dari Taiwan pada tahun lalu, menjadi zoo Eropah kedua memiliki spesies tersebut.

    Ia sukar dibiakkan dalam kurungan kerana haiwan itu memerlukan makanan khas yang termasuk larva dron serta kelembapan dan suhu tertentu dalam kurungan. – AP

    Seekor anak tenggiling sedang ditimbang di Zoo Prague, Republik Czech pada 23 Februari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...