Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak Travis Barker alami ketagihan alkohol pada usia muda

    Penyanyi Landon Barker mendedahkan dia pernah berdepan dengan masalah ketagihan alkohol yang kronik.

    Memetik dari mStar, Landon, 20, berkata, dia mengambil minuman keras kerana merasakan ia jalan keluar kepada masalah kesihatan mental yang dialaminya.

    Malangnya, akibat terlalu bergantung kepada minuman keras, dia akhirnya menjadi ketagih malah masalah mental yang dihadapi semakin memburuk.

    “Saya fikir apabila mengambil minuman keras segala sakit akan hilang pada keesokan hari. Dari situlah saya mula ketagihan.

    “Saya pernah memukul diri dengan kuat sehingga mengalami gegaran otak. Selepas kejadian itu saya mula sedar masalah ini perlu diatasi.

    “Ia adalah waktu paling buruk dalam hidup. Saya tidak suka dengan diri sendiri dalam tempah empat bulan itu,” katanya dalam satu temu bual bersama People.

    Landon memberitahu dia berdepan dengan masalah hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD), anxiety, kemurungan serta obsessive compulsive disorder (OCD) yang membuat dia mengambil minuman keras.

    Dia bagaimanapun berjaya berhenti dari ketagihan tersebut sejak Oktober tahun lalu.

    Tambah anak kepada pemain dram Blink 182 iaitu Travis Barker itu, dia enggan mengambil sebarang ubat susulan masalah kesihatan yang dialami.

    “Banyak yang saya telah pelajari tentang penyakit ini. Saya lebih terdedah kepada cara untuk mengatasinya.

    “Saya takut untuk mula makan ubat,” jelasnya. – Agensi

    Landon Barker mengakui pernah ketagihan alkohol. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda