Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak yatim dipeduli

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Lebih kurang 200 orang anak yatim di Daerah Brunei dan Muara telah menerima sumbangan pada Majlis Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim anjuran Jabatan Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung di Dewan Muhibah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Berakas.

    Sumbangan telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim selaku tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir bagi sama-sama menyampaikan derma ialah Chong Ain Hong, Hii Hua King bagi pihak Perusahaan Sinaran Gemilang Sdn Bhd; Thomas Koh bagi pihak Air Cat Logistics Sdn Bhd; Firoz Khan dari Firoz Jaya Silk House Sdn Bhd; Haji Hidhayathulla bin Haji Tajudeen bagi pihak Samima Sdn Bhd dan Hung Ah Hing dari Daikyo Environmental Recycling Sdn Bhd.

    Sumbangan tersebut bertujuan untuk membantu anak-anak yatim dan bagi meringankan beban perbelanjaan mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang dalam beberapa hari sahaja lagi.

    Selain daripada sumbangan derma, mereka juga menerima barangan asasi yang disumbangkan oleh orang perseorangan dan syarikat-syarikat swasta tersebut.

    Pegawai Daerah Brunei dan Muara menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda