Oleh Mohd Khairil Shah bin Haji Abdul Halim
Kelab Penyokong Pasukan Liverpool Brunei (BLFCS) telah mengadakan majlis penyerahan derma kepada anak-anak yatim daripada kalangan warga BLFCS baru-baru ini.
Derma berupa wang tunai, hamper dan minuman ringan itu merupakan hasil daripada kutipan ahli-ahli BLFCS dan telah disampaikan oleh pihak pengurusan BLFCS.