Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Anak Zarina Zainuddin masuk hospital

    Pelakon Zarina Zainuddin memaklumkan anak lelakinya iaitu Azil terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor selepas disahkan positif Influenza A, baru-baru ini.

    Kata Zarina, 54, tidak mudah untuk menjaga anak austime di hospital kerana Azil atau nama sebenar Muhammad Razil Abu Raihan, 27, sering bertindak agresif dengan mencabut drip air yang dipasang di bahagian tangannya.

    “Untuk menjaga anak-anak seperti Azil di hospital bukan mudah. Bila kita sedar memang bolehlah nak kawal pergerakan dia.

    “Tapi kalau kita terlena, habis dia cabut semua wayar sampai berdarah-darah tangan.

    “Apabila melibatkan insurans, pihak mereka hanya boleh cover untuk pemasangan jarum pertama. Banyak kali juga dia (Azil) cabut, selebihnya saya terpaksalah bayar sendiri nanti,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Berkongsi mengenai keadaan kesihatan anaknya itu, Zarina berkata pada mulanya dia menyangka Azil hanya mengalami demam panas, namun rupa-rupanya dijangkiti virus sama daripada adiknya iaitu Adam.

    Menurutnya, Adam atau Muhammad Adam Azrai, 18, terlebih dahulu disahkan Influenza A selepas mengalami gejala muntah-muntah sejurus pulang berjumpa dengan rakan-rakan.

    “Pada mulanya, anak saya Adam yang dijangkiti Influenza. Dia kan baru lepas SPM, tempoh hari dia ada minta izin untuk keluar bersama rakan-rakannya.

    “Balik saja rumah dia muntah-muntah. Buat pemeriksaan di hospital rupa-rupanya dia disahkan Influenza. Dia masuk wad dulu dan selepas itu Azil pula dijangkiti virus yang sama dan dimasukkan ke hospital sama,” ujarnya. – Agensi

    Zarina (kanan) dikurniakan dua orang anak autisme iaitu Azil (tengah) dan Azal. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...