Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak zirafah dinamakan Corona

    JAKARTA, 28 MEI – Sebuah zoo di Bali menamakan seekor anak zirafah, Corona sempena kelahirannya semasa pandemik global.

    Anak zirafah itu lahir pada 9 April lalu, menyertai dua lagi adik beradiknya dari ibunya yang bernama Sophie dan bapanya, Matadi di Taman Safari Bali di pulau peranginan Indonesia itu.

    Sebuah video dikeluarkan oleh zoo menunjukkan anak zirafah itu dilahirkan dalam kandang kecil.

    “Ia lahir semasa pandemik COVID-19, maka menteri alam sekitar…menamakannya Corona,” kata jurucakap zoo, Anak Agung Ngurah Alit Sujana.

    “Corona sihat dan masih menyusu. Kami akan memantaunya selama tiga bulan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda