Sunday, December 29, 2024
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Analisis sampel serpihan Fukushima mungkin ambil masa setahun

    TOKYO, 21 NOV – Ia mungkin mengambil masa enam bulan hingga setahun untuk menganalisis sampel kecil serpihan radioaktif yang diambil oleh robot dari loji nuklear Fukushima di Jepun, kata pengendali loji tersebut hari ini.

    Analisis tersebut boleh memberikan maklumat mengenai tahap radioaktiviti dan struktur kimia serpihan bahan bakar, salah satu bahagian penting dalam proses persediaan untuk penutupan loji, yang mengambil masa puluhan tahun.

    Kira-kira 880 tan bahan berbahaya masih berada di loji Fukushima Daiichi di timur laut Jepun, lebih 13 tahun selepas tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi mencetuskan salah satu kemalangan nuklear terburuk di dunia.

    Minggu lalu, sampel seberat kurang 0.7 gram – bersamaan dengan kira-kira satu biji kismis – dihantar ke makmal penyelidikan berhampiran Tokyo untuk dianalisis.

    Sampel itu telah dikeluarkan dari reaktor menggunakan peranti robotik yang boleh dipanjangkan dalam operasi rumit yang terhenti beberapa kali disebabkan masalah teknikal.

    “Enam bulan hingga setahun mungkin diperlukan untuk menyiasat sepenuhnya bahan tersebut,” kata Akira Ono, ketua pegawai penutupan loji pengendali TEPCO, dalam satu taklimat. – AFP

    Serpihan bahan bakar cair yang dikutip oleh robot kawalan jauh sedang diletakkan ke dalam sebuah kanister untuk analisis lanjut, di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Okuma, Fukushima, Jepun pada 6 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda