Akhirnya penyanyi Anang Hermansyah mengambil keputusan menjual kediaman mewah miliknya setelah beberapa kali memikirkan untuk berbuat demikian. Menurut laporan Liputan6, Anang melantik ejen hartanah untuk menguruskan proses jual beli banglo mewah yang dikatakan bernilai RM10.5 juta. Menerusi laman Instagram Ray White Cipete, ejen tersebut yakin rumah berkenaan akan mendapat pembeli baharu berikutan ia merupakan milik pasangan terkenal Anang