Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Anang Hermansyah sudah sebulan tidak jamah nasi

    Penyanyi dan komposer terkenal dari Indonesia, Anang Hermansyah mengakui sudah sebulan tidak menjamah nasi.

    Menurut laporan Kompas, Anang mendedahkan dia hanya makan sayur-sayuran, buah-buahan dan telur separuh masak sebagai rutin harian pemakanannya setiap hari.

    Gara-gara diet ketat yang dilakukan itu, dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak tujuh kilogram.

    “Saya tak makan nasi sejak balik dari Turki sampailah sekarang, dah masuk sebulan lebih, berat badan saya sekarang 61 kilogram,” katanya.

    Lebih membuatkan dia gembira apabila perutnya juga sudah tidak kelihatan buncit lagi.

    “Dah tak ada perut, betul-betul hilang perutnya,” ujarnya.

    Dalam pada itu, suami kepada Ashanty ini memberitahu dia mengamalkan diet itu kerana mahu menjaga kesihatan. – Agensi

    Anang mendedahkan dia hanya makan sayur-sayuran, buah-buahan dan telur separuh masak sebagai rutin harian pemakanannya setiap hari. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...