Penyanyi Ashanty menafikan dakwaan yang mengatakan suaminya, penyanyi dan komposer Anang Hermansyah dimasukkan ke hospital kerana positif COVID-19.
Sebaliknya, Ashanty, 37, menjelaskan suaminya dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan di Jakarta kerana menjalani pembedahan penyakit batu karang.
“Terima kasih di atas doanya, Anang masuk hospital bukan kerana Covid-19 tapi penyakit batu karang,” katanya.
Anang, 52, sebelum itu berkongsikan gambar di laman Instagram memaparkan dirinya berada di katil wad sambil menulis kapsyen meminta Ashanty mendoakan kesejahteraannya.
“Ashanty doakan ya sayang,” tulisnya.
Selain Anang, anak tiri Ashanty, Azriel turut dimasukkan ke wad tapi dikhabarkan hanya mengalami demam biasa.
“Anak sakit, suami sakit, saya harus kuat,” luah Ashanty di InstaStory. – Agensi
