Monday, May 6, 2024
22.8 C
Brunei

    -

    Ananya Panday mengaku suka Aryan Khan

    Penerbit, pengarah dan pengacara, Karan Johar pernah memberitahu bahawa sesiapa yang menyatakan sesuatu dengan nyata di dalam program bual bicaranya, Koffee With Karan, perkara itu akan menjadi kenyataan akhirnya.

    Tapi, nampaknya pengakuan yang dibuat Ananya Panday bahawa dia dalam diam-diam menyukai anak Shah Rukh Khan, Aryan Khan, telah memakan dirinya sendiri.

    Apabila kedua-dua mereka hadir di majlis tayangan istimewa filem baharu Madhuri Dixit-Nene berjudul, Maja Ma dan bertembung secara berdepan, Aryan langsung tidak mengendahkannya, menurut laporan Bollylife.com.

    Bahkan, Aryan telah melintasinya tanpa memandang wajahnya dan situasi yang janggal itu telah menjadi perbualan yang hangat di media sosial.

    Ananya iaitu anak kepada aktor lagenda, Chunky Panday yang sedang meningkat naik namanya dalam industri perfileman Bollywood ini dilihat mengenakan set lehenga choli daripada pereka fesyen.

    Ananya iaitu anak kepada aktor lagenda, Chunky Panday yang sedang meningkat naik namanya dalam industri perfileman Bollywood. – Agensi

    Dia berdiri dikelilingi sekumpulan tetamu lain yang turut hadir di majlis tersebut. Apabila Aryan tiba dan terlihat Ananya, dia terus berjalan tanpa menoleh ke arah Ananya.

    Sewaktu tampil dalam program Koffee With Karan 7, Ananya telah berbicara tentang hubungan rapatnya dengan seorang lagi anak Shah Rukh iaitu Suhana Khan.

    Pada saat itu, dia juga turut membuat pengakuan bahawa dia menyukai Aryan sewaktu membesar bersama-sama.

    “Dia sangat cute dan saya sukakan Aryan,” katanya.

    Karan juga memberitahu, menarik juga jika mereka berdua ‘berpacaran’ dan Ananya pula menjawab: “Ia akan menjadi seperti sebuah filem”.

    Dalam episod terkini, Karan mendedahkan, Ananya telah menjalinkan hubungan dengan dua lelaki pada waktu yang sama iaitu Ishaan Khatter dan Kartik Aryan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemantau sekatan akan gagal – Duta PBB Korea Utara

    PYONGYANG, 5 MEI - Duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata usaha untuk menubuhkan panel baharu bagi memantau sekatan terhadap negaranya akan...